Sunday, December 26, 2010

Bagaimana Hendak Beli Emas Public Gold? - COD Bagi Kuala Lumpur dan Selangor.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Diharapkan anda semua sihat. Saya juga harapkan simpanan emas anda telahpun bertambah. Kepada yang belum bermula, takapa...anda belum terlambat.

Dalam keghairahan kita membeli emas, jangan lupa menyelidik dahulu produk emas apa yang kita ingin beli. Beli dari siapa?? Betulkah emas itu tulen?? Bagaimana jaminan belian balik?? Bagaimana kaedah pembelian??.Harga??  Yang paling utama, anda perlu pastikan anda beli emas sememangnya emas yang anda dapat, bukan masuk skim dan dapat percent bulan2. 

Pastikan bila anda beli emas..anda boleh pegang emas anda sampai mcm ni

Untuk memudahkan anda, saya akan terangkan cara-cara mudah membeli jongkong emas, dinar emas dan silver keluaran Public Gold dari saya. Saya adalah dealer sah Public Gold (Dealer No: A0728). Langkah-langkah mudah itu adalah seperti berikut:

1. Lihat Harga semasa melalui:
2. Jika setuju dengan harga tersebut anda boleh call/sms saya di talian 0162610981.
  • Contoh sms: " saya Azmi dari shah alam, ingin lock harga 20g Public Gold sebanyak 1 keping dengan harga RM3155 sekeping. Boleh hantar kepada saya di Shah alam seksyen 18 pada khamis 30/12/10. saya bagi cash.Tkasih. "
         #saya akan confirmkan order anda secepat mungkin.

3. Saya akan call anda pada hari penghantaran yang dijanjikan.

4. Bila tiba masa penyerahan barang, saya akan serahkan emas yang telah ditempah bersertakan certificate dan invoice/resit pembelian. Anda cuma bagi cash kepada saya.

5. Bolehlah kita bersembang-sembang dan minum-minum.

Kebiasaanya, saya boleh bertolak ansur dengan sebarang permintaan pelanggan saya. Saya akan cuba memberikan perkhidmatan dan jualan yang memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Anda boleh hubungi saya sekiranya memerlukan penjelasan lanjut dan membuat tempahan emas Public Gold dengan saya.

Sekian, terima kasih dan selamat menyimpan dan melabur dalam emas. 

Tuesday, December 14, 2010

Seminar Emas Percuma

Salam.

Sejak mula menceburkan diri dalam perniagaan emas Public Gold, saya sedar bahawa ilmu perlaburan emas ini sungguh istimewa. Untuk mendalami ilmu emas ini hendaklah banyak membaca dan menghadirkan diri ke seminar-seminar yang dianjurkan. Ilmu emas ini adalah percuma, kalau adapun cuma bayar untuk makan sahaja (seminar besor) anda tidak perlu bayar apa-apa pun. Melalui seminar-seminar yang sebeginilah, menjadikan anda celik emas. Kebanyakan seminar yang telah diadakan sangat mendapat sambutan, sampai penuh bilik seminar, sampai bersila di lantai.

Hujung minggu yang lepas saya telah menghadirkan diri ke seminar yang telah diadakan di pejabat public Gold cawangan Sunway. Penceramah terdiri daripada Pokli  dan Dr Azhari Othman a.k.a Dr Luv.

Melalui Siminar ini, kita di perkenalkan berkenaan bagaimana menjana pendapatan dengan membeli emas. Apa kepentingan menyimpan emas. Penceramah juga menerangkan berkenaan keistimewaan berniaga emas dengan menyertai perniagaan emas Public Gold. Senang cerita, beli emas - untung, simpan emas - untung , berniaga emas - lagi untung. Selain itu, penceramah juga memberi motivasi untuk berjaya sebagai usahawan emas. Memang rugi kalau tak pergi.

Gambar Seminar Public Gold Sunway.

Pokli dan Dr. Luv - memang best...
Jeman pun berkongsi ilmu

BELAJAR DARI YANG BERJAYA
Dari kiri: Haffiz Hamid , Jeman , Dr Luv , Pokli , dan Aku
Seminar seperti ini sentiasa diteruskan. Begi mereka yang tidak berkesempatan untuk menghadiri seminar yang lepas, bolehlah menghadirkan diri ke seminar yang akan datang. Maklumat seminar adalah seperti berikut:

1) Seminar Emas
Tarikh: 18 Disember 2010 (Sabtu)
Tempat: Public Gold Cawangan Sunway
Masa: 3 - 5 ptg
Speaker : Pokli (www.pokli.com), Dr Luv dan Faizan (www.pelaburjutawan.com)


2) Seminar- Dinar dan Emas sebagai Pelaburan dan Pelindung Kewangan
Tarikh: 19 Disember 2010 (Ahad)
Tempat : Dewan Sek Ren Agama Daruttarbiah Tmn Melewar
Masa: 10 - 12 tgh
Speaker: Pokli dan Dr Azhari Othman aka Dr. Luv


MASUK ADALAH PERCUMA


Sekiranya berminat untuk menghadiri majlis ilmu ini, sila hubungi saya ditalian 016-2610981. Anda juga boleh hubungi saya untuk membeli emas. Sekian dan selamat berjaya dengan emas.


Azmi GF

Thursday, November 18, 2010

Emas Sebagai Aset

Salam.

Belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca dan penggemar emas. Alhamdulillah, semakin lama semakin ramai telah sedar dan mengambil langkah bijak dengan membeli emas, terutamnya emas dan dinar keluaran Public Gold. Sepanjang saya berniaga emas, saya telah jual emas kepada orang dari pelbagai golongan, sama ada pelajar ipt, kakitangan kerajaan, guru, pekerja kilang, jurutera, programmer, agen insurans, suri rumah dan penganggur (baru habis belajar, tengah mintak kerja).

Kepada mereka yang belum atau baru berhajat untuk menyimpan emas, anda belum lagi terlambat. Mulakan simpanan anda sedikit demi sedikit dan konsisten. Tetapi, sekiranya anda ada banyak duit, seeloknya tukarlah duit anda itu kepada emas. Kenaikan harga emas dalam setahun adalah antara 25% - 35%.

Dengan menyimpan emas, anda telah berjaya menambah harta sebagai aset anda selain rumah, tanah dan sebagainya. Kenapa emas boleh dianggap sebagai satu aset yang memberi keuntungan??? Ini kerana:

  • Harga emas sentiasa naik. Dengan menyimpan emas, anda telah mempunyai aset yang nilainya sentiasa akan meningkat.

  • Emas tidak boleh dibinasakan dan tahan lasak. Emas tidak terbakar, tidak reput dan pudar warnanya. Emas boleh dibahagikan kepada unit-uinit yang lebih kecil tanpa merubah nilainya. 

  • Simpanan emas boleh disimpan sendiri. Simpanan emas merupakan simpanan yang paling kurang risikonya berbanding saham dan sebaginya.

  • Emas mudah untuk ditukarkan kepada wang tunai. Emas Public Gold boleh ditukarkan kepada cash money dengan menjualnya pada harga "We Buy". Hubungi agen seperti saya, saya bagi cash untuk emas anda.

  • Sekiranya memerlukan wang untuk tujuan modal perniagaan, emas simpanan anda boleh dipajak di Ar-Rahnu (Agro Bank). Tidak peru bersusah payah memohon pinjaman peribadi. Sekiranya mendapat pulangan dari perniagaan, tebus balik emas yang dipajak tadi.

Emas adalah kekayaan yang sebenar. Harga emas terkenal dengan peningkatan dalam jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Sedangkan wang kertas sentiasa mengalami susut nilai dan tidak mampu menyimpan kekayaan anda. 

Mulakan dan teruskan simpanan emas anda. Syakikat Public Gold telah menyediakan platfom untuk anda mendapatkan emas dengan mudah melalui produk jongkong dan dinar emas dengan menawarkan harga yang kompetitif berdasarkan harga semasa emas dunia. Public Gold juga menawarkan belian balik terhadap emas dan dinar keluaranya, yang menguntungkan orang ramai.

Hubungi dealer Public Gold seperti saya untuk membeli dan menjual emas Public Gold anda. Selamat Menyimpan. Saya doakan anda terus berjaya.

Sekian.

Monday, November 1, 2010

Prestasi Emas Setakat Oktober 2010

Salam.

Kebiasaannya, menghampir ke setiap hujung/awal bulan saya akan mengulas berkenaan prestasi emas tahun 2010. Kali ini kita lihat berapakah kenaikan harga emas tahun 2010 setakat 29 Oktober. Pada bulan Oktober lepas, pihak pejabat Public Gold di Sunway telah mengalami keadaan yang amat sesak. Ini kerana telah diserbu oleh pembeli dan para agen emas public Gold untuk mendapatkan emas yang telah ditempah oleh mereka. Ramai telah mengambil kesempatan dari promosi RM20K untuk layak menjadi pengedar/agen sah Public Gold.

Baiklah, bagi tahun 2010 setakat 29 Oktober, kenaikan harga emas telah mencecah ke 20.08%. Mari kita lihat graf dibawah.


Harga Pada 4 Januari 2010     : 1121.5 usd/oz
Harga Pada 29 Oktober 2010 : 1346.75 usd/oz
Peratus Kenaikan         : 20.08%

Daripada graf di atas, di dapati harga emas pada penghujung tahun ini naik dengan rancak sekali. Peratus kenaikan yang tinggi ini sememangnya sudah dijangkakan. Bagi yang sudah mula memiliki emas sebagai simpanan dan pelaburan, mereka sudah tentunya tersenyum gembira.

Bagi mereka yang bukan sahaja menyimpan emas malahan berminat untuk menjadi pengedar emas keluaran Public Gold, pihak syarikat telah melanjutkan promosi menjadi pengedar dengan potongan 50%. Pada harga semasa sekarang untuk menjadi pengedar, anda perlu membeli emas keluaran Public Gold dengan harga melebihi RM40,000 dalam satu pembelian. Dalam promosi ini, anda hanya perlu membeli mana-mana emas keluaran Public Gold dengan harga RM20,000 atau lebih sahaja. Tempoh promosi yang sepatutnya tamat pada 31 Oktober telah dilanjutkan hingga ke akhir tahun ini atas permintaan yang menggalakkan.


Kelebihan menjadi agen:

Komisen jualan 1.5% - 2%
Keuntungan belian balik (5% - 6%)
Kenaikan harga emas
Keuntungan belian stok ketika harga rendah
Memiliki perniagaan sendiri - Menambah pendapatan
dan banyak lagi kelebihan yang saya akan terangkan.

Rebutlah peluang keemasan ini. Sekiranya berminat untuk menjadi agen ataupun untuk membeli emas keluaran Public Gold,anda boleh hubungi/sms saya di talian 016-2610981.

Rangkaian Azmi GolFever juga telah menerima ahli baru. Beliau telah mengambil langkah bijak dengan mendaftar sebagi agen dengan menyertai promosi RM20K.


Nama : En. Azhar Bin Ismail
No. Talifon : 017-3532000
Email: ossaneleven@gmail.com
Kawasan: Balakong, Serdang, Sri Kembangan, Bangi, Kajang, Putrajaya, Ampang

Anda boleh call/sms En.Azhar untuk mendapatkan emas/dinar keluaran Public Gold. Kami akan cuba menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami.

Selamat membeli, menyimpan dan meniaga emas dari Azmi GoldFever.

Sekian.

Thursday, October 21, 2010

Kenapa Beli Emas Public Gold

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Apa kabar semua pembaca? Saya harapkan anda semua sihat. 

Sebagai pelabur emas, anda digalakan untuk membuat review keatas simpanan emas anda untuk mengetahui sejauh mana untungnya pelaburan ini, berapa gram emas yang telah anda beli dan simpan, berapa gram emas yang anda telah pajakkan di Ar-Rahnu, berapa keuntungan yang anda dapat dari teknik "rempit" dan adakah emas yang anda simpan itu sudah layak untuk dikenakan zakat. Semua keperluan ini, haruslah diambil perhatian. Janganlah disebabkan orang ramai-ramai membeli emas , maka anda beli. Orang ramai-ramai "merempit" anda merempit. Tapi untungkah semua apa yang anda lakukan itu.? Jangan sesekali tersasar dari objektif utama yang anda tetapkan semasa mula-mula anda menyimpan emas. Tentulah objektif anda untuk meraih keuntungan yang semaksimum mungkin. Betul tak??

Harga emas ketika ini berada dalam keadaan yang sangat memberangsangkan. Berlaku kenaikan pada harga emas walaupun berlaku juga penurunan harga yang bersifat sementara (masa bernafas sebelum memecut). Sebagai pelabur dan penyimpan emas anda sudah tentunya mendapat keuntungan daripada simpanan emas anda ini. Tambahkan ilmu dan InsyaAllah anda akan berjaya.

Ada orang bertanyakan kepada saya, kenapa beli emas dengan Public Gold??? Banyak mana keyakinan saya pada emas Public Gold ini??? Ini jawapan saya.

1. Stok Emas Mudah Diperolehi

Faktor stok emas yang banyak dan mudah diperolehi adalah antara faktor utama kenapa Pubic Gold menjadi piihan. Jika dibandingkan dengan produk emas lain seperti yang dijual di Maybank (Kijang Emas) dan emas fizikal UOB yang sukar untuk mendapatkan stok.

2. Harga Jualan dan Belian Balik Yang Kompetitif.

Harga Jualan dan Belian Balik emas keluaran Public Gold adalah lebih murah dan menguntungkan pembeli. Mekanism belian baik yang ditawarkan kepada pelabur adalah antara yang terbaik dan menguntungkan. Mekanism belian baik yang ditawarkan oleh Public Gold ini tidak menindas pembeli.


..,







3. Spread yang Kecil.

Apa itu spread. Spread adalah perbezaan harga jualan dengan harga belian. Biasanya spread diukur dalam peratusan (%). Semakin kecil peratus spread, adalah semakin baik. Ini kerana lebih cepat emas anda mampu mendatangkan keuntungan (pulang modal dan buat untung). Spread yang kecil dapat memaksimumkan keuntungan. Spread emas Public Gold adalah antara yang paling rendah (antara 5% - 6%).

4. Agen Bergerak Seluruh Malaysia - Mudah Untuk Mendapatkan Stok.

Anda boleh "lock" harga 24 jam secara online. Setelah pembayaran dibuat secara "Fund transfer" kepada akaun Public Gold, anda boleh terus ambil stok emas anda. Sekiranya anda rasa cara pembelian ini menyusahkan dan tiada masa untuk ke pejabat Public Gold untuk ambil stok, anda boleh call agen-agen Public Gold seperti saya untuk melakukan pembelian emas melalui agen. Langkah-langkah pembelian dengan agen adalah lebih mudah. Untuk langkah-langkah pembelian secara lebih terperinci boeh rujuk di sini. Silalah baca.

5. Kalau emas tuan/puan calar, bengkok patah sekalipun, Public Gold Beli Balik.

Bagi beberapa emas pelaburan lain, sekiranya emas tersebut ingin di jual balik dan emas itu mempunyai kecacatan seperti calar, bengkok dan patah , pihak penjual tidak akan membeli balik emas itu. Ini merupakan kerugian besar kepada pembeli. Berlainan dengan emas Public Gold akan dibeli balik oleh agen ataupun Public Gold sendiri sekiranya emas itu calar, bengkok atau patah sekalipun asalkan emas itu mengekalkan berat yang sama dengan berat asal. 

6. Emas Public Gold boleh di pajak (Ar-Rahnu).

Emas Public Gold diterima sebagai pajakan untuk anda memperolehi pinjaman bersandarkan kepada nilai emas anda. Ini dapat membantu anda untuk mendapatkan cash dalam masa yang sama anda tidak hilang emas simpanan itu, cuma meletakkan sementara di Ar-Rahnu dengan membayar sedikit kos upah simpan. Ar-Rahnu ini juga boleh digunakan untuk membeli lagi emas dan menikmati keuntungan dengan kenaikan harga emas. Buat masa ini, emas Public Gold diterima untuk pajakan (Ar-Rahnu) di Agrobank.




7. Public Gold - Clearance Dari Bank Negara

Public Gold mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia untuk menjalankan aktiviti menjual dan membeli emas. Kelulusan ini penting sebagai jaminan kepada pembeli untuk mendapatkan emas yang betul-betul tulin dan sah untuk diniagakan dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Itulah tadi antara faktor-faktor untuk anda memilih Public Gold. Bertindak secepat mungkin dengan membeli emas ketika harganya masih murah dan mampu dimiliki. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan untuk membeli emas Public Gold, bolehlah menghubungi saya di talian 016-2610981

Sekian.

Friday, October 1, 2010

Prestasi Emas Tahun 2010 - Berapa Peratus Kenaikan???

Salam.

Saya harapkan pembaca semua sihat. Kebelakangan ini harga emas memang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Ini adalah pulangan yang sudah tentu lumayan bagi mereka yang telah mula menyimpan emas sebagai salah satu portfolio pelaburan. Bagi yang belum mula menyimpan emas, masanya belum terlambat. Jangan teragak-agak untuk beli semata-mata nak menunggu harga emas murah. Kalau ada duit, terus beli sebab harga akan naik dan anda akan dapat untung juga nanti.

Mari kita lihat graf kenaikan harga emas bagi tahun 2010 setakat 30 September 2010.


                            Harga pada 4 Januari 2010 : 1121.5 usd/oz
                            Harga pada 30 September 2010 : 1307 usd/oz
                            Kenaikan : 16.5%
      
(utk graf dan data lengkap sehingga 30 Sep 2010, sila rujuk ke www.kitco.com). 


Oleh yang demikian, setakat 30 September 2010 iaitu suku ketiga tahun 2010, kenaikan harga emas adalah sebanyak 16.5%. Woww..lumayan. Itu baru sehingga bulan September 2010. Berapakah kenaikan sehingga 31 December 2010??. Sama-sama kita tunggu dan lihat.



Public Gold  menawarkan harga yang lebih kompetitif untuk produk-produknya berbanding dengan kedai-kedai emas. Public Gold juga menawarkan belian balik pada harga semasa yang lebih tinggi yang lebih memberi keuntungan kepada pelanggan. Mulakan menyimpan emas sekarang dan teruskan membeli emas keluaran Public Gold dari saya. Hehe....Sekian jumpa lagi.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya 1431H












Assalamualaikum,

Sempena Aidilfitri yang mulia ini, saya dan Gold Fever ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilifitri. Semoga segala terkasar bahasa semasa menulis dan berurusan dengan anda semua dapat dimaafkan. Maklumlah, kita semua manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua saudara mara, kawan-kawan,semua agen Public Gold dan semua pelanggan dan bakal-bakal pelangan yang memberi sokongan, tunjuk ajar dan semangat untuk saya berkongsi ilmu pelaburan emas. InsyaAllah saya tidak akan berputus angsa asa dan akan terus berkongsi info pelaburan emas Public Gold.

 Walaupun sibuk menyambut raya, perniagaan emas saya tetap akan berjalan seperti biasa dan anda tetap boleh menghubungi saya untuk segala urusan jual beli. Berhati hati di jalanraya dan nantikan filem tulisan baru saya hari raya nanti. 


Azmi for Gold Fever

Monday, September 6, 2010

Simpan Emas - Masa Sesuai Untuk Mula Menyimpan??

Salam,

Hai kawan-kawan. Rasa macam sudah lama saya tidak berkongsi info emas dalam blog saya ini. Maklumlah, bulan puasa kali ini saya semacam sibuk sedikit dengan urusan peribadi. Walau bagaimanapun, sebagai peminat emas, saya masih mengikuti perkembangan dan isu-isu semasa berkenaan pelaburan emas.

Baru-baru ini, perasmian Dinar dan Dirham Kelantan. Kerajaan negeri Kelantan menggalakkan penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam urusan jual beli rakyat negeri Kelantan. Saya berpendapat langkah ini adalah sesuatu yang sangat menguntungkan orang ramai dan sangat releven dalam urusan perniagaan masa kini. Selagi sesuatu langkah itu bermanfaat kepada rakyat biasa macam kita ni, kita kena sokong. Tidak kiralah siapa penganjurnya. Yang baik kita katakan YES. Yang tak baik kita katakan NO.

Kenapa kerajaan Kelantan memilih Dinar dan Dirham??? Saya rasa anda sendiri ada jawapannya. Ini kerana emas mampu menyimpan kekayaan, kalis inflasi, nilai tinggi, dan mampu menjadi penyelamat kepada situasi-situasi getir.


Pelaburan dalam emas pula adalah yang paling menguntungkan. Ini kerana pulangan dari kenaikan harga emas ini adalah sangat memberangsangkan. Di Malaysia, kebanyakan dari kita menyimpan wang mereka dalam akaun simpanan, ASB, Tabung Haji, Simpanan Tetap dan sebagainya. Semua bentuk simpanan ini adalah memberikan pulangan kepada pelabur. Yang membezakannya adalah, jumlah kadar pulangan yang anda dapat dan berapa lama. Saya akan terangkan serba ringkas satu persatu.


Simpanan Tetap (Fixed deposit):
  • Mendepositkan sejumlah wang dalam tempoh masa tertentu seperti 1 bulan, 2 bulan, 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan dan seterusnya. 
  • Wang anda tidak boleh dikeluarkan sebelum tempoh matang. 
  • Kadar Pulangan - sekitar 3.5% setahun 
  • Lagi banyak wang yang didepositkan dan lebih lama tempoh simpanan, lebih banyak kadar pulangan yang diberikan. 

Akaun Tabung Haji :


  • Menyimpan wang dalam akaun Tabung Haji. Antara faktor seseorang itu perlu buka akaun tabung haji adalah:- Tabungan, Pelaburan dan Persediaan mengerjakan Haji. 
  • Pulangan tahunan yang agak lumayan - antara 4% - 5% setahun
  • Boleh dilakukan melalui potongan gaji
  • Wang simpanan anda boleh dikeluarkan bila-bila masa anda perlukan wang tunai
  
Amanah Simpanan Bumiputra (ASB) :
  • Pelaburan yang paling popular
  • Simpanan / pelaburan yang kompetitif dan konsisten dengan risiko yang sangat rendah
  • Antara pelaburan yang memberi pulangan yang lumayan - tidak kurang dari 8% setahun
  • Pihak bank juga ada menyediakn skim pinjaman untuk ASB. Pinjaman ini akan dimasukkan terus ke akaun ASB anda.

    Pelaburan Emas :



    • Melabur dalam emas dengan membeli emas fizikal dan menikmati pulangan dari hasil kenaikan harga emas.
    • Berapakah kadar kenaikan tahunan bagi emas? Jawapannya: 25% - 38% setahun.
    • Cara membuat pelaburan emas dengan membeli emas fizikal adalah sangat mudah. Public Gold menawarkan produk emas untuk pelaburan dengan harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai emas dan skim skim pelaburan emas yang lain.
    • Mari kita lihat kadar kenaikan harga emas setakat dari 4 Januari 2010 hingga 3 September 2010.


    Harga Pada 4 Jan 2010 : 1121.50 usd/ounce
    Harga Pada 3 Sept 2010 : 1240.5 usd/ounce
    Kadar Kenaikan : 10.6%
    Harga emas meningkat dari semasa ke semasa
    • Hanya dalam tempoh 8 bulan, kenaikan harga emas adalah 10.6%. Ini bermakna pulangan yang dinikmati oleh pelabur-pelabur emas adalah lebih lumayan jika dibandingkan dengan peratus pulangan pelaburan-pelaburan lain yang saya terangkan tadi.
    • Namun harus diingat, berdasarkan trend beberapa tahun kebelakangan ini, trend kenaikan harga emas berlaku dengan pesat sekali dan konsisten pada bulan Ogos hingga Disember setiap tahun.
    • Oleh yang demikian, harga emas akan naik dan terus naik sehingga mencecah 25% ataupun lebih sehingga hujung tahun ini. InsyaAllah...
    Bagi anda yang belum memulakan simpanan emas sebagai emas pelaburan, kini adalah masa terbaik dan sangat sesuai untuk membeli emas sebelum harga emas mengalami kenaikan menerus sehingga Disember nanti. Saya yakin yang anda pasti akan dapat pulangan yang lumayan.


    Sekian,

    Azmi for Gold Fever.

    Saturday, August 28, 2010

    unik dan istimewanya emas


    Salam Ramadhan.

    Sementara sedang sibuk dengan persiapan Hari Raya dan sedikit kajian tentang satu fakta ni, saya teringin untuk menulis sedikit pasal passion saya ni. Kenal maka cinta lah kan.

    Uniknya emas pada fikiran saya sampai terlintas nak selak selak balik buku masa belajar dulu tentang emas. Sifat emas yang pada pandangan kasarnya memang menarik apatah lagi kalau anda semua tengok juga sifat emas secara saintifik. Bukan apa. Nak mempunyai, memang perlu suka dahulu. Alang alang saya memang berminat, jadi saya nak ulangkaji balik lah sifat sifat emas masa saya belajar kimia dulu. Macam buat persediaan nak buat kertas kerja tesis pun ada.


    Emas mempunyai banyak sifat unik menyebabkan emas ni adalah sesuatu yang stabil dalam sejarah dan pembangunan manusia. Emas mudah diingat sebab ia adalah sangat jarang ditemui dengan ketidakselarian kombinasi sifat kimia dan fizikalnya. Lagi satu, seingat saya, emas adalah satu satunya logam yang tidak menghasilkan lapisan oksida di permukaannya pada suhu bilik. Bermakna emas tidak akan berkarat dan terhakis. 



    Struktur kristal emas adalah FCC (face centered cubic) menyumbang kepada sifat mudah tempa kerana kebolehan yang tinggi atom atom bergerak dalam lattice



    Dunia serba moden masa kini mengklasifikasikan emas dalam kumpulan yang sama dengan perak dan tembaga dalam Periodic Table of Element dengan masing masing sebagai Au, Ag dan Cu iaitu dalam kumpulan 11. Berbeza dengan kebanyakan logam lainnya, emas memiliki sifat yang sangat istimewa.


    Selain itu, emas juga termasuk logam yang sangat mudah dibentuk sehingga boleh ditempa sama ada menjadi lempengan tipis dan kecil (seperti dalam gambar di atas).  Emas juga dikenal sebagai logam mulia paling berat. Satu kaki kubik emas beratnya mencapai lebih dari setengah ton. Itulah sebabnya mengapa dalam sejarah manusia tidak pernah ada pencurian emas dalam skala besar kerana jelas jelas ia memerlukan alat berat untuk mengangkatnya.

     Banyak lagi sifat sifat istimewa emas nak saya tuliskan di sini. Tapi, kalau nak ikutkan, memang sampai esok pun tak akan habis. Kalau saudara/i semua masih tertanya tanya lagi keistimewaan emas ni, google je lepas tu kongsi dengan yang lain lain.

     Sekian sahaja. Kalau sesiapa terserempak dengan tulisan saya dan tiba tiba berminat untuk memiliki sendiri emas, telefon saya, agen Public Gold. Selamat berpuasa!


    Azmi for Gold Fever.

    Wednesday, August 11, 2010

    Menyimpan Emas - Trend atau Keperluan Masa Kini?


    Salam semua.

    Pertama sekali, saya nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga ramadhan kali ni kita sama sama dapat merasai keberkatannya. Amin.
     
    Perasan tak sejak akhir akhir ni, amalan memiliki emas ketul dah menjadi satu trend? Seolah olah, semua orang berpusu pusu nak membeli emas sebab melihat ramai orang dah ada emas. Adakah menyimpan emas adalah satu trend yang menjadi ikutan? Ataupun menyimpan emas merupakan satu keperluan?

    Pada pandangan saya, menyimpan emas adalah satu trend dan pada masa yang sama  ia  juga satu keperluan pada masa kini. Emas yang dahulunya paling diminati oleh kaum wanita, kini  turut diminati oleh kaum lelaki. Bezanya adalah wanita memang suka barang kemas. Tapi lelaki, mereka meminati emas dalam bentuk emas fizikal untuk tujuan pelaburan seperti emas jongkong (gold bar) dan dinar emas (seperti produk-produk Public Gold). Sama ada barang kemas mahupun emas jongkong dan dinar, semuanya adalah emas fizikal  dan nyata untuk tujuan pelaburan. 

    Sudah menjadi trend masa kini, pada usia seawal 20 tahun je dah ada keinginan membeli emas malah dah ada yang stabil memiliki emas. Tanggapan emas hanya untuk golongan mak mak kita sudah tidak boleh diterima. lagi kerana kesedaran lain tentang emas dah pun mula tersebar luas. Bagi mereka, selain untuk dipakai sebagai perhiasan, emas ada kemasan eksklusif yang perlu ada dalam simpanan. Kebanyakan agen-agen Public Gold pun terdiri  daripada orang-orang yang masih muda belia.
     
    Selain tu, emas sekarang adalah satu keperluan. Melalui emas lah  anda boleh menyimpan kekayaan anda. Macam ni, sebagai contoh jika anda membeli emas satu gram dengan harga RM80 pada  tahun 2000. Dalam tempoh 10 tahun, nilainya menaik sehingga mencecah harga RM130/gram tapi masih  emas yang sama dengan kuantiti yang sama. Yang berbeza ialah pertambahan nilainya. Tanpa disedari, anda telah menjana sendiri kekayaan anda.
     
    Tambahan pula dengan keadaan dan sifat mata wang yang tidak stabil dan sentiasa mengalami penyusutan nilai menguatkan lagi fakta yang menyimpan emas memang sesuatu yang perlu sekarang ni. Yalah, cuba kita ingat balik, dulu dengan RM3 di tangan, kita boleh dapat sepinggan nasi ayam dan air sirap bandung  tapi dengan RM3 pada zaman kini cuma setakat lepas untuk beli ayam dia sahaja. Nasi harga lain. Inilah yang dikatakan kuasa membeli. Kenapa berlaku situasi ini? Adakah harga barang naik?  Tidak. Kuasa membeli semakin berkurangan kerana nilai matawang semakin susut. Semakin banyak wang diperlukan untuk membeli barang yang sama.
     

    Nasi Ayam Hainan... (gambar hiasan)




     Oleh yang demikian, Public Gold telah menyediakan platform mudah untuk anda memulakan dan meneruskan trend dan memenuhi keperluan menyimpan emas pelaburan ini. Sekiranya anda berminat untuk memiliki emas Public Gold boleh lah menghubungi saya. Saya janji, kalau beli emas dengan saya, sememangnya emas yang anda dapat. Menarik kan?



     Sekian sahaja. Sampai jumpa lagi.
     

    Azmi for Gold Fever.


    Friday, August 6, 2010

    Public Gold - Apa Beza Dengan Gold Investment Account


    Salam.

    Bertemu sekali lagi. Terima kasih di atas sokongan anda terhadap Gold Fever. Terima kasih juga kepada kawan-kawan semua kerana memberi aku semangat untuk terus bercerita tentang pelaburan dalam emas. Walaupun anda masih belum memiliki simpanan berbentuk emas Public Gold, sekurang-kurangnya anda mempunyai minat mulakan nya untuk satu hari nantii. Tak mustahil anda pun boleh memiliki emas. Sekurang-kurangnya anda tidak pangkah terus pelaburan emas ini dengan ideologi yang tidak tidak. Kepada yang  baru mula dan telah membeli dan menyimpan, tahniah saya ucapkan. You guys are awesome!

    Selalu orang tertanya tanya dan kerap jugak orang tanya pendapat aku tentang  apa bezanya antara Public Gold dengan Gold Investment Account. Adakah pelaburan yang ditawarkan Public Gold sama dengan khidmat Gold Investemet Account yang ditawarkan oleh pihak bank.

     
    Pengenalan.

    • Public Gold - Menawarkan produk berbentuk emas ketul (gold bar) dan dinar emas
    • Gold Investment Account - Ditawarkan oleh Maybank, Citibank, Public Bank* dalam bentuk akaun . Tiada penglibatan emas fizikal.

    Sumber rujukan
    • Public Gold - Rujuk laman web Public Gold di sebelah kanan blog aku ini. Harga emas akan sentiasa dikemaskini setiap 20 minit bedasarkan harga emas semasa antarabangsa. Kalau tak ada internet, anda boleh saja mengetahui secara sms.Taip public gold dan hantar ke 32828 atau taip public dinar dan hantar ke 32828
    • Gold Investment Account - Lihat laman web bank berkenaan. Dalam satu hari, harga adalah sama. Sekiranya pada hari tersebut, pada jam 3 petang, berlaku penurunan harga yang mendadak, anda tetap menikmati harga yang tinggi (daily price).

    Cara-cara pelaburan/jual beli
    • Public Gold - Anda boleh lock harga 24 jam. Maksud nya, anda boleh lock harga yang anda mahukan  bedasarkan harga semasa di laman web Public Gold atau Public Dinar. Anda boleh call dealer Public Gold seperti saya dan Insyaallah kami akan layan anda dan menghantar pesanan anda mengikut kesukaan dan kesesuaian.
    • Gold Investment Account - Anda boleh beli emas GIA ini mengikut waktu urusan bank terbabit. Lebih banyak halangan yang perlu ditempuhi dahulu seperti terpaksalah mengular  mengambil cuti , bersesak di jalan raya, bersusah payah mencari tempat letak kereta, menunggu giliran untuk dilayani ssemasa di bank, dan macam macam hal lagi. Memang banyak rintangan.

    Kebaikan
    • Public Gold - Anda beli emas, memang emas yang anda akan dapat Boleh tengok emas anda setiap pagi sebelum pergi ke tempat kerja. Best best.
    • Gold Investment Account- Anda beli emas juga  tapi berapa banyak emas yang anda beli  ada lah tertulis buku (account). Bukan secara ada dan dapat melihat dan dapat merasa. Terpulanglah.


      Walau apa pun, kedua duanya tetap pelaburan emas dan pilihan adalah di tangan anda semua mengikut keinginan dan kemampuan anda.

      * Public Bank tidak ada kena mengena dengan Public Gold. Cuma perkataan "Public" itu yang sama,dengan identiti berbeza.

      Baiklah. Sekian sahaja untuk kali ni. Sehingga berjumpa lagi. Kalau terserempak dengan aku, kita bersembang pasal emas ok.


      Azmi for Gold Fever


      Monday, August 2, 2010

      Public Gold - Apa Beza Public Gold Dengan Kedai Emas ???

      Salam.

      Apa khabar para pembaca semua.

      Sebulan yang berlalu ini memang penuh dengan cerita. Cerita harga emas menurun menyebabkan dealer-dealer Public Gold diserbu orang ramai untuk mengambil kesempatan untuk menambah simpanan emas masing-masing. Cerita di Akhbar Kosmo keluaran Selasa, 27 Julai 2010 "Lebih Mahal Disimpan Lama" ada menceritakan segalanya berkenaan pelaburan emas Public Gold. Dan seminggu ini juga gempar dengan cerita sebuah skim MLM yang kena serbu jugak. Bukan dengan orang ramai, tapi kena serbu dengan KPDNKK. Habis kereta mewah kena rampas.Jadi, hati hati.

      Entry pada kali ini adalah berkenaan perbezaan antara Public Gold dengan kedai-kedai emas. Aku akan cuba huraikan agar anda jelas dan sekiranya ada apa apa percanggahan, sila tinggalkan komen di bawah.

      1. Public Gold menjual emas untuk pelaburan.
      Produk kedai emas seperti Poh Kong, Wah Chan, Habib Jewals dan Emas Sri Pinang lebih bertumpu kepada menjual barang kemas (jewellery) dengan pelbagai design barang kemas mengikut trend sekarang. Oleh yang demikian, kedai emas mengenakan kos upah ke atas semua barangnya.Kos upah inilah yang dimanipulasikan oleh tuan punya kedai emas itu dan ia sedikit mahal. Kalau harga emas turun, mereka menaikkan kos upah, manakala kalau harga emas naik, diorang turunkan kos upah...katanya bagi discount. Kedai emas yang untung bukan pembeli.


      Public Gold pula menjual jongkong emas/ dinar dengan tiada kos upah. Anda hanya bayar harga semasa emas yang anda beli dengan sedikit kos pengangkutan (mengikut produk). Public Gold lebih bertumpu kepada emas untuk tujuan pelaburan.Namun, Public Gold juga telah menjual barang kemas melalui Public Jewellery. Barang kemas public gold tiada kos upah. Tentunya ia lebih murah.


      2. Public Gold ikut harga emas semasa dunia. Kedai emas ikut harga fgjam

      Untuk pengetahuan anda, kedai emas menggunakan harga yang dikeluarkan oleh FGJAM (Faderation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia). Harganya lebih mahal dari harga emas Public Gold. Cuba anda lihat di bawah.





      Oleh yang demikian, sebagai contoh pada hari ini harga 20g gold bar Bunga Raya (Poh Kong) berharga RM2,900.00. Manakala 20g gold bar Public Gold berharga RM2748.00 sahaja. Wah...Public Gold lagi murah.


      3. Belian balik dari Kedai Emas Memang Merugikan Orang Ramai

      Public Gold menawarkan belian balik kepada semua produknya sama ada gold bar, dinar dan jewellery. Public Gold tidak mengenakan sebarang potongan keatas produk emasnya yang calar dan terbuka plastiknya. Asalkan emas itu tulin, mengekalkan berat asalnya dan mempunyai sijil ketulinan dari Public Gold, anda boleh rujuk harga "We Buy" di website Public Gold.

      Kedai emas biasanya mengenakan potongan antara 18% hingga 25% daripada nilai semasa emas anda tak kiralah gold bar ataupun barang kemas. Sekiranya gold bar ada calar, bengkok dan sebagainya, potongan yang lebih dikenakan. Memang mencekik kedai emas ini. Public Gold menjanjikan belian balik ke atas produknya bedasarkan harga beli balik semasa yang sangat kompetitif.

      4. Public Gold adalah perniagaan jual beli emas 24-jam.

      Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas dan dinar secara on-line 24 jam . Apa yang saya maksudkan adalah, anda boleh membeli emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Anda boleh "lock" harga dengan dealer Public Gold seperti saya pada bila masa yang anda fikir sesuai dengan merujuk kepada laman web www.publicgold.com.my atau www.publicdinar.com. Dealer Public Gold akan hantar pesanan anda pada bila bila masa yang anda free.

      Ini berbeza dengan kedai emas yang buka hanya 8 - 10 jam sehari. Terpaksa bersusah payah memandu ke shopping complex dan sebagainya,..susah-susah cari parking,,..sedangkan cara yang paling mudah dan menguntungkan telah ditawarkan oleh Public Gold.


      Itulah serba sedikit yang dapat saya ulas berkenaan perbezaan kedai emas dengan Public Gold. Sebenarnya memang banyak lagi perbezaan yang saya fikir lebih memihak kepada pembeli, bukannya penjual. Saya akan cuba dan terus menerangkan berkenaan Public Gold sebagai salah satu cabang pelaburan yang menguntungkan. Yang paling utama, pastikan sekiranya anda beli emas, sememangnya emas yang anda dapat, bukannya kertas atau janji-janji manis penganjur.

      Sekian.


      Thursday, July 29, 2010

      Public Gold - Sound and Solid Investment


      Salam Sejahtera.

      "Public Gold - Sound and Solid Investment". Aku tak ada lah pakar sangat nak mentafsir, tapi pada pandangan aku, Public Gold cuba menyampaikan mesej yang sangat tersirat mengenai emas. 

      Menyimpan dan menyertai pelaburan emas merupakan sesuatu yang sihat, selesa dan stabil. 3S. Atau secara ringkasnya, memiliki emas ni membuat kita rasa kita mempunyai sesuatu yang sangat bernilai sekaligus membuat kita turut rasa bernilai walaupun kita tidak memegang satu sen pun di tangan. 

      Selain daripada emas dijadikan perhiasan, emas sebenarnya boleh dijadikan sebagai medium pelaburan. Sesuai dengan sifat emas itu sebagai penyimpan nilai kekayaan yang anda miliki dan kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang adalah sangat stabil dan memberangsangkan. Ketidakstabilan nilai mata wang menambahkan lagi tingkat nilai emas kerana mata wang ini hanyalah sekeping kertas semata-mata yang senang dimanupulasi. Tak stabil. Sampai satu masa, wang kertas tu mungkin dah tak diguna pakai kerana ada wang kertas versi baru dikeluarkan.Sekiranya berlaku ketidak tentuan politik dan ekonomi, emas berperanan sebagai medium pertukaran dan matawang.Nampak tak betapa mudahnya wang kertas dibolak balik. Oleh yang demikian, pelaburan dalam emas adalah sangat stabil berbanding bentuk pelaburan yang lain.





      Dan melabur dalam emas Public Gold adalah sangat selamat. Aku sering tekankan, sekiranya anda beli emas Public Gold, sememangnya emas yang anda dapat. Bukannya anda beli emas, anda dapat surat, dan emas yang anda beli tu company pegang, lalu bulan-bulan dapat percent. Tidak. Public Gold tidak menjanjikan bulan dan bintang kekayaan sekelip mata. Bukan skim cepat kaya.Public Gold tidak pernah sesekali menjalankan skim-skim yang bukan-bukan seperti itu, yang hanya memanipulasikan wang anda untuk kepentingan mereka. Tapi, Public Gold menjual dan membeli semula jongkong emas dan dinar sebagai satu bentuk pelaburan yang anda sendiri tentukan. Semuanya di tangan anda.

      Pada ketika aku menulis entry ini, harga emas berada dalam keadaan yang murah. Ramai yang dah sedar dan mengambil langkah bijak dengan menukar wang kertas yang dimilikinya kepada jongkong dan dinar emas keluaran Public Gold. Dengan cara ini anda akan mendapat keuntungan dalam bentuk kenaikan harga emas dan mendapat keuntungan dengan teknik-teknik yang boleh menguntungkan. Apakah teknik itu??? Aku akan terangkan nanti dalam entri akan datang.

      Selamat melabur untuk kesejahteraan bersama.

      AZMI FOR GOLD FEVER

      Saturday, July 24, 2010

      Beli Emas Public Gold - Macam Mana Nak Beli

      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Apa kabar semua? Saya harap anda sihat. Kalau ada yang sakit atau demam, cepat-cepatlah pergi klinik. Sekarang ni ramai orang yang demam, mungkin sebab cuaca. Ramai jugak orang yang demam panas emas (Gold Fever).

      Mana taknya, saya baru lepas balik dari New Dealer Orientation anjuran Public Gold yang telah diadakan di Public Gold cawangan Sunway sebentar tadi. Memang ramai agen yang datang sampai penuh bilik seminar tu. Sememangnya kesedaran menyimpan emas dan melabur dalam bentuk emas semakin menebal di kalangan masyarakat di Malaysia.


      Sebagai Agen Public Gold, saya boleh menjual dan membeli balik emas keluaran Public Gold. Mungkin ada yang belum jelas cara membeli emas Public Gold dari saya. Caranya sangat mudah, ini kerana bisnes ini adalah berdasarkan sistem online. Anda boleh beli emas Public Gold 24 jam bedasarkan harga semasa. Berbanding dengan kedai emas yang lain, beroperasi paling kuat pun 10 jam sahaja sehari. Emmm...Public Gold adalah yang pertama.

      Saya akan terangkan langkah-langkah untuk anda beli:

      1) Rujuk harga semasa emas di www.publicgold.com.my ataupun www.publicdinar.com


      2) Sekiranya anda puas hati dengan harga tersebut, anda boleh call/sms saya di talian 016-2610981 untuk 'lock' harga.


      3) Saya akan reply dan confirmkan pembelian dan kos penghantaran (biasanya saya bagi diskaun untuk kos penghantaran).


      4) Sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju dengan urusan, dan setelah confirm dengan pembelian, anda boleh masukkan duit ke akaun saya (sila simpan payslip dari bank) atau pun anda boleh bayar secara tunai pada saya ketika ambil emas itu di mana-mana mengikut persetujuan (Cash On Delivery) termasuklah penghantaran ke tempat anda.


      5) Pada hari penghantaran,saya akan bawa emas yang saudara beli , Certificate, Invoice/resit dan Delivery Order.


      7) Selebihnya, bolehlah kita bersembang-sembang dan minum-minum.




      AZMI FOR GOLD FEVER

      Sunday, July 18, 2010

      Beli Emas - Pulangan Kepada Pelabur


      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

      Ketika ini, harga emas mengalami sedikit penurunan dan berada dalam keadaan yang mendatar. Bagi mereka yang telah lama mengikuti turun naik harga emas, keadaan ini adalah biasa dan bersifat sementara. Dan penyimpan-penyimpan emas sudah tentu mengambil kesempatan penurunan harga ini untuk menambah stok simpanan emas mereka. Sebab, harga emas sedang murah. Sesuai untuk penambahan stok.

      Lihat saja pada table di bawah, harga emas yang dijual leh Public Gold pada masa ini, rendah. Kalau anda bijak, dan untuk perancangan yang lebih luar biasa pada masa akan datang iaitu pada masa harga emas tengah naik, dengan stok emas yang anda beli sekarang (sebab sedang murah) anda boleh jual kembali. Menarik kan?


      Walau apapun persepsi anda tentang emas, kenaikan harga emas akan dan sememangnya terbukti bersifat berterusan dengan sekali sekala mengalami penurunan singkat.

      Berpandukan analisis graf harga emas sepanjang 17 Julai 2009 - 16 Julai 2010 di bawah, harga emas secara puratanya mengalami kenaikan sebanyak 26.85%.

      Tempoh masa
      : 17 Julai 2009 - 16 Julai 2010 (1 tahun)
      Harga pada 17 Julai 2009 : 937.5 usd/oz
      Harga pada 16 Julai 2010 : 1189.25 usd/oz
      Peratus kenaikan : 26.85%



      Berpandukan analisis graf harga emas sepanjang 15 Januari 2010 - 16 Julai 2010 di bawah, harga emas secara puratanya mengalami kenaikan sebanyak 7.09%.

      Tempoh masa
      : 15 Jan 2010 - 15 Julai 2010 (6 bulan)
      Harga pada 15 Jan 2010 : 1128 usd/oz
      Harga pada 15 Julai 2010 :1208 usd/oz
      Peratus kenaikan : 7.09%



      Jadi, dengan bukti di atas, tak perlu lah kita risau. Sebab dah jelas terbukti emas sentiasa mengalami kenaikan pada kebanyakan masa berbanding penurunan. Ambil kesempatan pada peluang singkat ni, dengan membeli emas keluaran Public Gold daripada aku.

      Ini kerana penurunan harga emas adalah bersifat sementara dan perlu diingatkan bahawa penurunan harga emas itu adalah tempoh bertenang sebelum ianya memulakan pendakian menuju ke puncak. Sekiranya harga emas semakin menaik, aku akan story langkah-langkah yang perlu diambil. Jadi, tunggu.


      Azmi for Gold Fever

      Saturday, July 10, 2010

      Pelaburan Emas - Bermulalah Dengan 1 Dinar

      Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

      Kepada pengunjung baru aku ucapkan "Welcome to Gold Fever". Oleh sebab aku pun masih hijau dalam bidang ni, maka di blog ini, aku hanya menulis apa yang pernah aku baca dan serba sedikit pengetahuan aku tentang pelaburan emas terutamanya keluaran Public Gold. Kalau ada salah silap, aku minta maaf dan aku akan betulkan mana mana yang tak tepat tu ye.

      Pada zaman sekarang ni, sesiapa pun memang mampu memiliki emas. Tak kiralah siapa, usia dan jantina. Ini adalah kerana sebagai permulaan, sesiapa yang ingin melibatkan diri dalam pelaburan emas boleh memulakan dengan dinar emas sahaja. Harganya jauh lebih murah. Tanpa memerlukan modal yang banyak dan status pasti boleh milik dinar emas ini menyebabkan ianya boleh menjadi langkah permulaan kepada emas emas seterusnya.

      Bermula dengan satu dinar, kelak pada masa hadapan, bila ada rezeki lebih, dan daripada alirkan wang ke tempat tempat yang tiada pulangan, jumlah dinar tadi boleh ditambah mengikut kesukaan dan dah tentulah ikut kemampuan.

      Seterusnya, bila dah mula stabil dengan koleksi dinar emas yang ada, jongkong emas juga boleh dimiliki. Percayalah, anda memang pasti mampu membeli jongkong 20gram, 50gram dan 100gram. Inilah yang dikatakan, beli emas, kita akan dapat emas. Bukannya angan-angan.



      Dan, jangan risau. Kenapa membeli emas bukan lah risiko yang memudaratkan kepada sesiapa kerana dengan menggunakan emas yang dibeli awal awal tadi, ianya boleh dipajak di Ar-Rahnu sekiranya kita terdesak memerlukan wang. Di negara kita, Malaysia, Bank Rakyat dan Agro Bank adalah antara bank yang menerima pajak tersebut. Mudah sahaja. Langkah dan cara boleh rujuk di sini dan mana mana sumber rujukan lain.

      Berpandukan tips aku di atas, untuk lebih jelas lagi, bolehlah rujuk table di sisi blog ni. Dinar emas Public Gold dikeluarkan dalam 3 nilai yang berbeza iaitu 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar. Harganya berubah ubah dari semasa ke semasa.

      Kesimpulannya, tak rugi kita menyimpan emas keluaran Public Gold ni kerana kenaikan harga emas memang telah terbukti sekian lama. Dan dengan adanya simpanan emas ini, segala yang memerlukan wang segera, boleh diselasaikan. Senang cerita, sememangnya emas ini adalah penyelamat.

      Mulakan sekarang. Aku akan membantu sesiapa yang berminat hubungi aku dan aku janji aku bantu sebanyak yang boleh. Aku boleh ada emas. Sesiapa pun boleh ada emas. Jadi, cari aku ok.

      Sekian.

      Azmi for Gold Fever.