Showing posts with label sembang emas. Show all posts
Showing posts with label sembang emas. Show all posts

Saturday, August 28, 2010

unik dan istimewanya emas


Salam Ramadhan.

Sementara sedang sibuk dengan persiapan Hari Raya dan sedikit kajian tentang satu fakta ni, saya teringin untuk menulis sedikit pasal passion saya ni. Kenal maka cinta lah kan.

Uniknya emas pada fikiran saya sampai terlintas nak selak selak balik buku masa belajar dulu tentang emas. Sifat emas yang pada pandangan kasarnya memang menarik apatah lagi kalau anda semua tengok juga sifat emas secara saintifik. Bukan apa. Nak mempunyai, memang perlu suka dahulu. Alang alang saya memang berminat, jadi saya nak ulangkaji balik lah sifat sifat emas masa saya belajar kimia dulu. Macam buat persediaan nak buat kertas kerja tesis pun ada.


Emas mempunyai banyak sifat unik menyebabkan emas ni adalah sesuatu yang stabil dalam sejarah dan pembangunan manusia. Emas mudah diingat sebab ia adalah sangat jarang ditemui dengan ketidakselarian kombinasi sifat kimia dan fizikalnya. Lagi satu, seingat saya, emas adalah satu satunya logam yang tidak menghasilkan lapisan oksida di permukaannya pada suhu bilik. Bermakna emas tidak akan berkarat dan terhakis. 



Struktur kristal emas adalah FCC (face centered cubic) menyumbang kepada sifat mudah tempa kerana kebolehan yang tinggi atom atom bergerak dalam lattice



Dunia serba moden masa kini mengklasifikasikan emas dalam kumpulan yang sama dengan perak dan tembaga dalam Periodic Table of Element dengan masing masing sebagai Au, Ag dan Cu iaitu dalam kumpulan 11. Berbeza dengan kebanyakan logam lainnya, emas memiliki sifat yang sangat istimewa.


Selain itu, emas juga termasuk logam yang sangat mudah dibentuk sehingga boleh ditempa sama ada menjadi lempengan tipis dan kecil (seperti dalam gambar di atas).  Emas juga dikenal sebagai logam mulia paling berat. Satu kaki kubik emas beratnya mencapai lebih dari setengah ton. Itulah sebabnya mengapa dalam sejarah manusia tidak pernah ada pencurian emas dalam skala besar kerana jelas jelas ia memerlukan alat berat untuk mengangkatnya.

 Banyak lagi sifat sifat istimewa emas nak saya tuliskan di sini. Tapi, kalau nak ikutkan, memang sampai esok pun tak akan habis. Kalau saudara/i semua masih tertanya tanya lagi keistimewaan emas ni, google je lepas tu kongsi dengan yang lain lain.

 Sekian sahaja. Kalau sesiapa terserempak dengan tulisan saya dan tiba tiba berminat untuk memiliki sendiri emas, telefon saya, agen Public Gold. Selamat berpuasa!


Azmi for Gold Fever.

Tuesday, July 6, 2010

don't put all your eggs in one basket

Assalamualaikum,

Pernah tak saudara/i semua dengar 'dont put all your eggs in one basket' atau pun melayunya, 'jangan letak semua telur dalam satu bakul'. Ini adalah pepatah bijak yang harus diingat oleh setiap investor. Dan aku pun dah semat kan betul betul dalam minda. Betul lah, kita memang selalu perlu hati hati. Cuba bayangkan telur yang diletak dalam satu bakul tu, bila terjatuh tup tap, semua pecah. Samalah seperti kalau kita ada sebuah butik, bila butik tu terbakar, semua pun ikut hangus dan memang susah untuk bina semula butik tu. Silap hari bulan, jatuh miskin.



Sebagai langkah bijak, investor sepe
rti kita perlu letak hartanya di beberapa tempat. Bukan lah hanya di dalam bank, malah boleh juga diletak di saham, forex, property,emas dan macam macam lagi. Ini akan memberikan zon selamat kepada investor semua. Maklumlah, malang kan tak berbau.


Menyimpan harta dalam bentuk emas memang mudah dan selamat. Malah, sesiapa pun mampu beli dan memiliki. Dengan sifat rasmi emas yang nilainya akan selalu naik dan hanya turun dalam jangka masa singkat, memang berbaloi jika kita ambil keputusan untuk mula menyimpan emas. Lagipun, stok emas dalam perut bumi akan semakin berkurang seingat apa yang aku belajar masa geografi dulu lah =). Jadi, dah pasti nilainya akan semakin mencanak canak naik.

Kalau bersetuju dengan pendapat aku, tak salah kalau nak mencuba. Masih belum terlambat. Dapatkan stok emas dari aku kalau berminat ya.

AZMI FOR GOLD FEVER


Monday, July 5, 2010

Faktor Awal

Salam semua.

Masih lagi dalam mood nak memperkenalkan diri kepada blog dan semua pembaca dan bakal sahabat emas aku. Jadi, aku nak bercerita sikit apa yang buat aku terdetik untuk melibatkan diri dengan emas selain menyedari emas adalah itu emas adalah ini.

Harga emas seperti yg ada di website Public Gold kini sedang murah. Sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk memulakan simpanan emas atau menambahkan stok emas anda.

Di entri akan datang, aku akan letak sekali gambar gambar menarik. Sehingga berjumpa di lain entri dan kalau berminat nak beli emas, tak pun nak dengar cerita lipur lara call aku ok.



Azmi for Gold Fever.

Thursday, July 1, 2010

Agen Public Gold

Salam,

Selamat datang ke Gold Fever.

Dari menyimpan emas keluaran Public Gold, aku kini menjadi agen sah Public gold. Sebagai agen, aku layak untuk menjual dan membeli emas keluaran Public Gold, Public Dinar dan Public Jewellery. Harga jual dan harga belian balik saudara/i boleh lah merujuk ke laman web tersebut. Sila klik www.publicgold.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Master Dealer saya En. Azman/Jeman di atas perkhidmatan yang cekap dan Best sepanjang penglibatan saya membeli emas keluaran Public Gold dan Public Dinar. Dari pengalaman saya, saya beli emas....memang emas yang saya dapat. Bukannya saya beli emas tapi tak dapat emas, hanya dapat sekeping kertas yang penuh dengan kata-kata manis mu. Malahan, setiap emas yang dijual beserta dengan sijilnya sekali (Certificate of Authenticity). Dengan kata lain setiap emas yang dibeli direkodkan oleh pengeluar sebagai emas 999/916 yang sebenar.

Sekiranya berminat nak tahu dan beli emas Public Gold and Public Dinar, silalah hubungi aku di talian seperti yang tertera disebelah. Saya akan cuba menerangkan serba sedikit apa yang saya tahu tentang emas.

Oklah, sekejap "aku" sekejap "saya"....susah nak berbahasa ni. Jumpa lagi di masa yang akan datang. Sekian.

Azmi for GOLD FEVER.