Tuesday, July 6, 2010

don't put all your eggs in one basket

Assalamualaikum,

Pernah tak saudara/i semua dengar 'dont put all your eggs in one basket' atau pun melayunya, 'jangan letak semua telur dalam satu bakul'. Ini adalah pepatah bijak yang harus diingat oleh setiap investor. Dan aku pun dah semat kan betul betul dalam minda. Betul lah, kita memang selalu perlu hati hati. Cuba bayangkan telur yang diletak dalam satu bakul tu, bila terjatuh tup tap, semua pecah. Samalah seperti kalau kita ada sebuah butik, bila butik tu terbakar, semua pun ikut hangus dan memang susah untuk bina semula butik tu. Silap hari bulan, jatuh miskin.



Sebagai langkah bijak, investor sepe
rti kita perlu letak hartanya di beberapa tempat. Bukan lah hanya di dalam bank, malah boleh juga diletak di saham, forex, property,emas dan macam macam lagi. Ini akan memberikan zon selamat kepada investor semua. Maklumlah, malang kan tak berbau.


Menyimpan harta dalam bentuk emas memang mudah dan selamat. Malah, sesiapa pun mampu beli dan memiliki. Dengan sifat rasmi emas yang nilainya akan selalu naik dan hanya turun dalam jangka masa singkat, memang berbaloi jika kita ambil keputusan untuk mula menyimpan emas. Lagipun, stok emas dalam perut bumi akan semakin berkurang seingat apa yang aku belajar masa geografi dulu lah =). Jadi, dah pasti nilainya akan semakin mencanak canak naik.

Kalau bersetuju dengan pendapat aku, tak salah kalau nak mencuba. Masih belum terlambat. Dapatkan stok emas dari aku kalau berminat ya.

AZMI FOR GOLD FEVER


1 comment:

  1. eToro is the #1 forex broker for new and pro traders.

    ReplyDelete