Monday, May 9, 2011

Tukar Bonus Kepada Emas

Assalamualikum,




Seminggu yang lepas rezeki saya agak murah. Jualan emas dan silver Public Gold adalah memberangsangkan. Mungkin juga disebabkan berlakunya penurunan harga emas dan silver yang menyebabkan ramai pelanggan lama mahupun yang baru mengambil kesempatan keatas kejatuhan harga emas dan silver. Beli ketika harga murah akan menyebabkan anda menikmati keuntungan yang lumayan dan lebih cepat apabila harga emas dan silver kembali naik.

Minggu lepas juga, majikan tempat saya bekerja telah menghadiahkan bonus dan kenaikan gaji kepada semua staf. Alhamdulillah sekali lagi. Sepanjang saya bekerja di SYARIKAT INI, tidak pernah walau satu tahun pun, syarikat tidak menghadiahkan bonus kepada kakitangannya. Memang steady company melayu ni. Nampak kecil tapi sebenarnya dia besar. 

Dengan duit bonus itu, saya bercadang  untuk menukarkannya kepada emas. Memang tepat pada masanya, dapat bonus ketika harga emas dan silver jatuh...umpama orang mengantuk disorongkan bantal..hehe..boleh tambah stok. Namun, apa faedahnya menukarkan kesemua duit bonus itu kepada emas? Kenapa tidak belanjakannya ataupun masuk dalam ASB, tabung haji, fixed deposite ,public mutual dan sebagainya?

Saya tidak katakan yang satu-satunya pelaburan di dunia ini adalah emas dan silver. Banyak lagi pelaburan lain yang memberikan pulangan. Cuma yang membezakannya adalah peratus pulangan yang bakal anda dapat. Orang putih cakap, "dont put all your eggs in one basket". Saya memilih emas dan silver kerana pulangannya adalah lebih besar dan risikonya adalah minimum.


Dengan menukar semua duit bonus itu kepada emas, anda akan memperolehi keuntungan dengan kenaikan harga emas pada masa yang akan datang (simpan dulu baru belanja). Jika anda perlukan wang, atau berhajat untuk beli barang2 idaman anda, jual sahaja emas itu. Pada ketika itu, harga emas sudah naik dan anda dapat tukarkannya kepada lebih banyak wang lagi. Jika tidak pun, simpan sahaja emas itu untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana, emas dan silver itu adalah aset yang mudah anda miliki. Zaman sekarang zaman dimana orang berlumba-lumba menambah aset, tidak kiralah sama ada emas, silver, saham, rumah sewa, kebun getah, kebun sawit, tanah, bendang dan sebagainya.

Menyimpan emas sudah menjadi trend di zaman ini. Sudah banyak bank yang menawarkan akaun simpanan emas. Namun, ini bukan pelaburan emas yang sebenar-benarnya. Ini adalah simpanan emas dalam bentuk maya dan anda tidak akan dapat pegang emas pun. Ini berbanding dengan membeli emas fizikal seperti yang ditawarkan oleh Public Gold. Emas fizikal yang anda simpan itu boleh di pajak (Ar Rahnu Agrobank) untuk mendapatkan duit cash sekiranya perlu. Kemudian, emas yang dipajak tadi boleh ditebus semuala apabila sudah cukup wang.

Ok lah, setakat ini sahaja untuk kali ini. Sekiranya berminat untuk membeli emas Public Gold bolehlah hubungi saya. Sekiranya berhajat untuk jadi peniaga emas pun boleh juga. Modalnya cuma RM20,000 yang membolehkan anda memiliki sama ada emas jongkong, dinar, silver ataupun barang kemas Public Gold. Emas ini kalau beli untung, simpan untung, berniaga emas pun lagi untung.

Sekian.

p/s: Jika nak beli meter air pun boleh...dulu meter orang pakai meter air tembaga, sekarang dah ada meter air plastik, tapi meter air emas belum ada. Call saya, 0162610981

Monday, May 2, 2011

Seminar "How To Be Financial Freedom with Public Gold" 24 April 2011.


Bulan lepas, saya telah menghadirkan diri ke Seminar "How To Be Financial Freedom with Public Gold" anjuran Pokli dan Saudara Faizan (Pelaburjutawan). Kenapa saya menyertai seminar ini??? Jawapannya adalah mudah, saya nak ilmu dari orang yang lebih berilmu dan pakar. Seminar seperti ini telah diadakan sebanyak dua kali sebelum ini, yang kali ini adalah kali ke-3. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan dan masa untuk menyertai seminar ini.

Jika sebelum ini, anda telah kerap kali mengikuti seminar emas di Public Gold Sunway, seminar ini adalah sangat berbeza. Kandungannya lebih kepada untuk membantu anda mencapai kebebasan kewangan dengan pemilikan emas yang anda ada. Tidak dinafikan, ramai yang telah memiliki simpanan emas, namun tidak tahu apa hendak buat dengan stok emas itu selain dari menjual atau simpan sahaja dalam safe deposite box. Sebenarnya, dengan memiliki emas fizikal, anda sebenarnya boleh mendapat keuntungan yang lebih dari sekadar keuntungan melalui kenaikan harga emas. Semuanya ada diceritakan di seminar ini.

Antara topik yang telah dikupas dalam seminar ini adalah:

1) Pelan pelaburan dan prospek pelaburan emas dalam mencapai status financial freedom.
2) Langkah asas mencapai financial freedom
3) Teknik-teknik membuat profit dengan emas fizikal
4) Bagaimana menggunakan OPM (other people money) untuk menjana keuntungan...(best niii)
5) Training untuk pengedar berdaftar Public Gold (yg bkn pengedar pun bagus utk dengar)
6) Tips dalam berniaga emas
7) Lain-lain ilmu perniagaan yang tidak diajar di tadika/sekolah/universiti


Melalui seminar ini, Pokli dan Pelaburjutawan akan berkongsi ilmu bagaimana mendapat pulangan 100% melalui pelaburan emas fizikal dengan mendapat pulangan yang diperolehi dalam bentuk capital gain + cash flow. Memang berbaloi mengikuti seminar ini dan rata-rata peserta berpuas hati dengan pengisian seminar kali ini.

Pokli , Saya & Faizan (Pelaburjutawan)
Seminar ini akan diadakan lagi di masa yang akan datang. Ada juga peserta yang telah dua tiga kali mengikuti seminar financial freedom ini. Topik dan pengisian seminar yang akan datang khabarnya akan lebih padat dan menarik lagi. Jadi, luangkan sedikit masa dan modal untuk hadirkan diri ke seminar yang berikutnya. Anda pasti akan berpuas hati dan yang penting adalah ilmu yang kita boleh dapat.

Sekian.

p/s: menjadi kaya adalah satu proses pembelajaran, bukan satu perlumbaan.