Monday, May 2, 2011

Seminar "How To Be Financial Freedom with Public Gold" 24 April 2011.


Bulan lepas, saya telah menghadirkan diri ke Seminar "How To Be Financial Freedom with Public Gold" anjuran Pokli dan Saudara Faizan (Pelaburjutawan). Kenapa saya menyertai seminar ini??? Jawapannya adalah mudah, saya nak ilmu dari orang yang lebih berilmu dan pakar. Seminar seperti ini telah diadakan sebanyak dua kali sebelum ini, yang kali ini adalah kali ke-3. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan dan masa untuk menyertai seminar ini.

Jika sebelum ini, anda telah kerap kali mengikuti seminar emas di Public Gold Sunway, seminar ini adalah sangat berbeza. Kandungannya lebih kepada untuk membantu anda mencapai kebebasan kewangan dengan pemilikan emas yang anda ada. Tidak dinafikan, ramai yang telah memiliki simpanan emas, namun tidak tahu apa hendak buat dengan stok emas itu selain dari menjual atau simpan sahaja dalam safe deposite box. Sebenarnya, dengan memiliki emas fizikal, anda sebenarnya boleh mendapat keuntungan yang lebih dari sekadar keuntungan melalui kenaikan harga emas. Semuanya ada diceritakan di seminar ini.

Antara topik yang telah dikupas dalam seminar ini adalah:

1) Pelan pelaburan dan prospek pelaburan emas dalam mencapai status financial freedom.
2) Langkah asas mencapai financial freedom
3) Teknik-teknik membuat profit dengan emas fizikal
4) Bagaimana menggunakan OPM (other people money) untuk menjana keuntungan...(best niii)
5) Training untuk pengedar berdaftar Public Gold (yg bkn pengedar pun bagus utk dengar)
6) Tips dalam berniaga emas
7) Lain-lain ilmu perniagaan yang tidak diajar di tadika/sekolah/universiti


Melalui seminar ini, Pokli dan Pelaburjutawan akan berkongsi ilmu bagaimana mendapat pulangan 100% melalui pelaburan emas fizikal dengan mendapat pulangan yang diperolehi dalam bentuk capital gain + cash flow. Memang berbaloi mengikuti seminar ini dan rata-rata peserta berpuas hati dengan pengisian seminar kali ini.

Pokli , Saya & Faizan (Pelaburjutawan)
Seminar ini akan diadakan lagi di masa yang akan datang. Ada juga peserta yang telah dua tiga kali mengikuti seminar financial freedom ini. Topik dan pengisian seminar yang akan datang khabarnya akan lebih padat dan menarik lagi. Jadi, luangkan sedikit masa dan modal untuk hadirkan diri ke seminar yang berikutnya. Anda pasti akan berpuas hati dan yang penting adalah ilmu yang kita boleh dapat.

Sekian.

p/s: menjadi kaya adalah satu proses pembelajaran, bukan satu perlumbaan.

No comments:

Post a Comment