Saturday, August 28, 2010

unik dan istimewanya emas


Salam Ramadhan.

Sementara sedang sibuk dengan persiapan Hari Raya dan sedikit kajian tentang satu fakta ni, saya teringin untuk menulis sedikit pasal passion saya ni. Kenal maka cinta lah kan.

Uniknya emas pada fikiran saya sampai terlintas nak selak selak balik buku masa belajar dulu tentang emas. Sifat emas yang pada pandangan kasarnya memang menarik apatah lagi kalau anda semua tengok juga sifat emas secara saintifik. Bukan apa. Nak mempunyai, memang perlu suka dahulu. Alang alang saya memang berminat, jadi saya nak ulangkaji balik lah sifat sifat emas masa saya belajar kimia dulu. Macam buat persediaan nak buat kertas kerja tesis pun ada.


Emas mempunyai banyak sifat unik menyebabkan emas ni adalah sesuatu yang stabil dalam sejarah dan pembangunan manusia. Emas mudah diingat sebab ia adalah sangat jarang ditemui dengan ketidakselarian kombinasi sifat kimia dan fizikalnya. Lagi satu, seingat saya, emas adalah satu satunya logam yang tidak menghasilkan lapisan oksida di permukaannya pada suhu bilik. Bermakna emas tidak akan berkarat dan terhakis. 



Struktur kristal emas adalah FCC (face centered cubic) menyumbang kepada sifat mudah tempa kerana kebolehan yang tinggi atom atom bergerak dalam lattice



Dunia serba moden masa kini mengklasifikasikan emas dalam kumpulan yang sama dengan perak dan tembaga dalam Periodic Table of Element dengan masing masing sebagai Au, Ag dan Cu iaitu dalam kumpulan 11. Berbeza dengan kebanyakan logam lainnya, emas memiliki sifat yang sangat istimewa.


Selain itu, emas juga termasuk logam yang sangat mudah dibentuk sehingga boleh ditempa sama ada menjadi lempengan tipis dan kecil (seperti dalam gambar di atas).  Emas juga dikenal sebagai logam mulia paling berat. Satu kaki kubik emas beratnya mencapai lebih dari setengah ton. Itulah sebabnya mengapa dalam sejarah manusia tidak pernah ada pencurian emas dalam skala besar kerana jelas jelas ia memerlukan alat berat untuk mengangkatnya.

 Banyak lagi sifat sifat istimewa emas nak saya tuliskan di sini. Tapi, kalau nak ikutkan, memang sampai esok pun tak akan habis. Kalau saudara/i semua masih tertanya tanya lagi keistimewaan emas ni, google je lepas tu kongsi dengan yang lain lain.

 Sekian sahaja. Kalau sesiapa terserempak dengan tulisan saya dan tiba tiba berminat untuk memiliki sendiri emas, telefon saya, agen Public Gold. Selamat berpuasa!


Azmi for Gold Fever.

No comments:

Post a Comment