![]() |
Thursday, October 21, 2010
Kenapa Beli Emas Public Gold
Friday, October 1, 2010
Prestasi Emas Tahun 2010 - Berapa Peratus Kenaikan???
Salam.
Saya harapkan pembaca semua sihat. Kebelakangan ini harga emas memang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Ini adalah pulangan yang sudah tentu lumayan bagi mereka yang telah mula menyimpan emas sebagai salah satu portfolio pelaburan. Bagi yang belum mula menyimpan emas, masanya belum terlambat. Jangan teragak-agak untuk beli semata-mata nak menunggu harga emas murah. Kalau ada duit, terus beli sebab harga akan naik dan anda akan dapat untung juga nanti.
Oleh yang demikian, setakat 30 September 2010 iaitu suku ketiga tahun 2010, kenaikan harga emas adalah sebanyak 16.5%. Woww..lumayan. Itu baru sehingga bulan September 2010. Berapakah kenaikan sehingga 31 December 2010??. Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Public Gold menawarkan harga yang lebih kompetitif untuk produk-produknya berbanding dengan kedai-kedai emas. Public Gold juga menawarkan belian balik pada harga semasa yang lebih tinggi yang lebih memberi keuntungan kepada pelanggan. Mulakan menyimpan emas sekarang dan teruskan membeli emas keluaran Public Gold dari saya. Hehe....Sekian jumpa lagi.

Mari kita lihat graf kenaikan harga emas bagi tahun 2010 setakat 30 September 2010.
Harga pada 4 Januari 2010 : 1121.5 usd/oz
Harga pada 30 September 2010 : 1307 usd/oz
Kenaikan : 16.5%
(utk graf dan data lengkap sehingga 30 Sep 2010, sila rujuk ke www.kitco.com).
Oleh yang demikian, setakat 30 September 2010 iaitu suku ketiga tahun 2010, kenaikan harga emas adalah sebanyak 16.5%. Woww..lumayan. Itu baru sehingga bulan September 2010. Berapakah kenaikan sehingga 31 December 2010??. Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Public Gold menawarkan harga yang lebih kompetitif untuk produk-produknya berbanding dengan kedai-kedai emas. Public Gold juga menawarkan belian balik pada harga semasa yang lebih tinggi yang lebih memberi keuntungan kepada pelanggan. Mulakan menyimpan emas sekarang dan teruskan membeli emas keluaran Public Gold dari saya. Hehe....Sekian jumpa lagi.
Thursday, September 9, 2010
Selamat Hari Raya 1431H
Assalamualaikum,
Sempena Aidilfitri yang mulia ini, saya dan Gold Fever ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilifitri. Semoga segala terkasar bahasa semasa menulis dan berurusan dengan anda semua dapat dimaafkan. Maklumlah, kita semua manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua saudara mara, kawan-kawan,semua agen Public Gold dan semua pelanggan dan bakal-bakal pelangan yang memberi sokongan, tunjuk ajar dan semangat untuk saya berkongsi ilmu pelaburan emas. InsyaAllah saya tidak akan berputusangsa asa dan akan terus berkongsi info pelaburan emas Public Gold.
Walaupun sibuk menyambut raya, perniagaan emas saya tetap akan berjalan seperti biasa dan anda tetap boleh menghubungi saya untuk segala urusan jual beli. Berhati hati di jalanraya dan nantikanfilem tulisan baru saya hari raya nanti.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua saudara mara, kawan-kawan,semua agen Public Gold dan semua pelanggan dan bakal-bakal pelangan yang memberi sokongan, tunjuk ajar dan semangat untuk saya berkongsi ilmu pelaburan emas. InsyaAllah saya tidak akan berputus
Walaupun sibuk menyambut raya, perniagaan emas saya tetap akan berjalan seperti biasa dan anda tetap boleh menghubungi saya untuk segala urusan jual beli. Berhati hati di jalanraya dan nantikan
Monday, September 6, 2010
Simpan Emas - Masa Sesuai Untuk Mula Menyimpan??
Salam,
Hai kawan-kawan. Rasa macam sudah lama saya tidak berkongsi info emas dalam blog saya ini. Maklumlah, bulan puasa kali ini saya semacam sibuk sedikit dengan urusan peribadi. Walau bagaimanapun, sebagai peminat emas, saya masih mengikuti perkembangan dan isu-isu semasa berkenaan pelaburan emas.
Baru-baru ini, perasmian Dinar dan Dirham Kelantan. Kerajaan negeri Kelantan menggalakkan penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam urusan jual beli rakyat negeri Kelantan. Saya berpendapat langkah ini adalah sesuatu yang sangat menguntungkan orang ramai dan sangat releven dalam urusan perniagaan masa kini. Selagi sesuatu langkah itu bermanfaat kepada rakyat biasa macam kita ni, kita kena sokong. Tidak kiralah siapa penganjurnya. Yang baik kita katakan YES. Yang tak baik kita katakan NO.
Kenapa kerajaan Kelantan memilih Dinar dan Dirham??? Saya rasa anda sendiri ada jawapannya. Ini kerana emas mampu menyimpan kekayaan, kalis inflasi, nilai tinggi, dan mampu menjadi penyelamat kepada situasi-situasi getir.
Pelaburan dalam emas pula adalah yang paling menguntungkan. Ini kerana pulangan dari kenaikan harga emas ini adalah sangat memberangsangkan. Di Malaysia, kebanyakan dari kita menyimpan wang mereka dalam akaun simpanan, ASB, Tabung Haji, Simpanan Tetap dan sebagainya. Semua bentuk simpanan ini adalah memberikan pulangan kepada pelabur. Yang membezakannya adalah, jumlah kadar pulangan yang anda dapat dan berapa lama. Saya akan terangkan serba ringkas satu persatu.
Simpanan Tetap (Fixed deposit):
Akaun Tabung Haji :
Amanah Simpanan Bumiputra (ASB) :
Pelaburan Emas :
Sekian,
Azmi for Gold Fever.

- Mendepositkan sejumlah wang dalam tempoh masa tertentu seperti 1 bulan, 2 bulan, 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan dan seterusnya.
- Wang anda tidak boleh dikeluarkan sebelum tempoh matang.
- Kadar Pulangan - sekitar 3.5% setahun
- Lagi banyak wang yang didepositkan dan lebih lama tempoh simpanan, lebih banyak kadar pulangan yang diberikan.
Akaun Tabung Haji :
- Menyimpan wang dalam akaun Tabung Haji. Antara faktor seseorang itu perlu buka akaun tabung haji adalah:- Tabungan, Pelaburan dan Persediaan mengerjakan Haji.
- Pulangan tahunan yang agak lumayan - antara 4% - 5% setahun
- Boleh dilakukan melalui potongan gaji
- Wang simpanan anda boleh dikeluarkan bila-bila masa anda perlukan wang tunai
Amanah Simpanan Bumiputra (ASB) :
- Pelaburan yang paling popular
- Simpanan / pelaburan yang kompetitif dan konsisten dengan risiko yang sangat rendah
- Antara pelaburan yang memberi pulangan yang lumayan - tidak kurang dari 8% setahun
- Pihak bank juga ada menyediakn skim pinjaman untuk ASB. Pinjaman ini akan dimasukkan terus ke akaun ASB anda.
Pelaburan Emas :
- Melabur dalam emas dengan membeli emas fizikal dan menikmati pulangan dari hasil kenaikan harga emas.
- Berapakah kadar kenaikan tahunan bagi emas? Jawapannya: 25% - 38% setahun.
- Cara membuat pelaburan emas dengan membeli emas fizikal adalah sangat mudah. Public Gold menawarkan produk emas untuk pelaburan dengan harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai emas dan skim skim pelaburan emas yang lain.
- Mari kita lihat kadar kenaikan harga emas setakat dari 4 Januari 2010 hingga 3 September 2010.
Harga Pada 4 Jan 2010 : 1121.50 usd/ounce
Harga Pada 3 Sept 2010 : 1240.5 usd/ounce
Kadar Kenaikan : 10.6%
- Hanya dalam tempoh 8 bulan, kenaikan harga emas adalah 10.6%. Ini bermakna pulangan yang dinikmati oleh pelabur-pelabur emas adalah lebih lumayan jika dibandingkan dengan peratus pulangan pelaburan-pelaburan lain yang saya terangkan tadi.
- Namun harus diingat, berdasarkan trend beberapa tahun kebelakangan ini, trend kenaikan harga emas berlaku dengan pesat sekali dan konsisten pada bulan Ogos hingga Disember setiap tahun.
- Oleh yang demikian, harga emas akan naik dan terus naik sehingga mencecah 25% ataupun lebih sehingga hujung tahun ini. InsyaAllah...
Bagi anda yang belum memulakan simpanan emas sebagai emas pelaburan, kini adalah masa terbaik dan sangat sesuai untuk membeli emas sebelum harga emas mengalami kenaikan menerus sehingga Disember nanti. Saya yakin yang anda pasti akan dapat pulangan yang lumayan.
Sekian,
Azmi for Gold Fever.
Saturday, August 28, 2010
unik dan istimewanya emas
Salam Ramadhan.
Sementara sedang sibuk dengan persiapan Hari Raya dan sedikit kajian tentang satu fakta ni, saya teringin untuk menulis sedikit pasal passion saya ni. Kenal maka cinta lah kan.
Uniknya emas pada fikiran saya sampai terlintas nak selak selak balik buku masa belajar dulu tentang emas. Sifat emas yang pada pandangan kasarnya memang menarik apatah lagi kalau anda semua tengok juga sifat emas secara saintifik. Bukan apa. Nak mempunyai, memang perlu suka dahulu. Alang alang saya memang berminat, jadi saya nak ulangkaji balik lah sifat sifat emas masa saya belajar kimia dulu. Macam buat persediaan nak buat kertas kerja tesis pun ada.
Emas mempunyai banyak sifat unik menyebabkan emas ni adalah sesuatu yang stabil dalam sejarah dan pembangunan manusia. Emas mudah diingat sebab ia adalah sangat jarang ditemui dengan ketidakselarian kombinasi sifat kimia dan fizikalnya. Lagi satu, seingat saya, emas adalah satu satunya logam yang tidak menghasilkan lapisan oksida di permukaannya pada suhu bilik. Bermakna emas tidak akan berkarat dan terhakis.
Struktur kristal emas adalah FCC (face centered cubic) menyumbang kepada sifat mudah tempa kerana kebolehan yang tinggi atom atom bergerak dalam lattice
Dunia serba moden masa kini mengklasifikasikan emas dalam kumpulan yang sama dengan perak dan tembaga dalam Periodic Table of Element dengan masing masing sebagai Au, Ag dan Cu iaitu dalam kumpulan 11. Berbeza dengan kebanyakan logam lainnya, emas memiliki sifat yang sangat istimewa.
Selain itu, emas juga termasuk logam yang sangat mudah dibentuk sehingga boleh ditempa sama ada menjadi lempengan tipis dan kecil (seperti dalam gambar di atas). Emas juga dikenal sebagai logam mulia paling berat. Satu kaki kubik emas beratnya mencapai lebih dari setengah ton. Itulah sebabnya mengapa dalam sejarah manusia tidak pernah ada pencurian emas dalam skala besar kerana jelas jelas ia memerlukan alat berat untuk mengangkatnya.
Banyak lagi sifat sifat istimewa emas nak saya tuliskan di sini. Tapi, kalau nak ikutkan, memang sampai esok pun tak akan habis. Kalau saudara/i semua masih tertanya tanya lagi keistimewaan emas ni, google je lepas tu kongsi dengan yang lain lain.
Sekian sahaja. Kalau sesiapa terserempak dengan tulisan saya dan tiba tiba berminat untuk memiliki sendiri emas, telefon saya, agen Public Gold. Selamat berpuasa!
Azmi for Gold Fever.
Wednesday, August 11, 2010
Menyimpan Emas - Trend atau Keperluan Masa Kini?
Nasi Ayam Hainan... (gambar hiasan)
Sekian sahaja. Sampai jumpa lagi.
Friday, August 6, 2010
Public Gold - Apa Beza Dengan Gold Investment Account
- Public Gold - Menawarkan produk berbentuk emas ketul (gold bar) dan dinar emas
- Gold Investment Account - Ditawarkan oleh Maybank, Citibank, Public Bank* dalam bentuk akaun . Tiada penglibatan emas fizikal.
Sumber rujukan
- Public Gold - Rujuk laman web Public Gold di sebelah kanan blog aku ini. Harga emas akan sentiasa dikemaskini setiap 20 minit bedasarkan harga emas semasa antarabangsa. Kalau tak ada internet, anda boleh saja mengetahui secara sms.Taip public gold dan hantar ke 32828 atau taip public dinar dan hantar ke 32828
- Gold Investment Account - Lihat laman web bank berkenaan. Dalam satu hari, harga adalah sama. Sekiranya pada hari tersebut, pada jam 3 petang, berlaku penurunan harga yang mendadak, anda tetap menikmati harga yang tinggi (daily price).
Cara-cara pelaburan/jual beli
- Public Gold - Anda boleh lock harga 24 jam. Maksud nya, anda boleh lock harga yang anda mahukan bedasarkan harga semasa di laman web Public Gold atau Public Dinar. Anda boleh call dealer Public Gold seperti saya dan Insyaallah kami akan layan anda dan menghantar pesanan anda mengikut kesukaan dan kesesuaian.
- Gold Investment Account - Anda boleh beli emas GIA ini mengikut waktu urusan bank terbabit. Lebih banyak halangan yang perlu ditempuhi dahulu seperti terpaksalah
mengularmengambil cuti , bersesak di jalan raya, bersusah payah mencari tempat letak kereta, menunggu giliran untuk dilayani ssemasa di bank, dan macam macam hal lagi. Memang banyak rintangan.
Kebaikan
- Public Gold - Anda beli emas, memang emas yang anda akan dapat Boleh tengok emas anda setiap pagi sebelum pergi ke tempat kerja. Best best.
- Gold Investment Account- Anda beli emas juga tapi berapa banyak emas yang anda beli ada lah tertulis buku (account). Bukan secara ada dan dapat melihat dan dapat merasa. Terpulanglah.
Walau apa pun, kedua duanya tetap pelaburan emas dan pilihan adalah di tangan anda semua mengikut keinginan dan kemampuan anda.
* Public Bank tidak ada kena mengena dengan Public Gold. Cuma perkataan "Public" itu yang sama,dengan identiti berbeza.
Baiklah. Sekian sahaja untuk kali ni. Sehingga berjumpa lagi. Kalau terserempak dengan aku, kita bersembang pasal emas ok.
Azmi for Gold Fever
Subscribe to:
Posts (Atom)