Monday, August 2, 2010

Public Gold - Apa Beza Public Gold Dengan Kedai Emas ???

Salam.

Apa khabar para pembaca semua.

Sebulan yang berlalu ini memang penuh dengan cerita. Cerita harga emas menurun menyebabkan dealer-dealer Public Gold diserbu orang ramai untuk mengambil kesempatan untuk menambah simpanan emas masing-masing. Cerita di Akhbar Kosmo keluaran Selasa, 27 Julai 2010 "Lebih Mahal Disimpan Lama" ada menceritakan segalanya berkenaan pelaburan emas Public Gold. Dan seminggu ini juga gempar dengan cerita sebuah skim MLM yang kena serbu jugak. Bukan dengan orang ramai, tapi kena serbu dengan KPDNKK. Habis kereta mewah kena rampas.Jadi, hati hati.

Entry pada kali ini adalah berkenaan perbezaan antara Public Gold dengan kedai-kedai emas. Aku akan cuba huraikan agar anda jelas dan sekiranya ada apa apa percanggahan, sila tinggalkan komen di bawah.

1. Public Gold menjual emas untuk pelaburan.
Produk kedai emas seperti Poh Kong, Wah Chan, Habib Jewals dan Emas Sri Pinang lebih bertumpu kepada menjual barang kemas (jewellery) dengan pelbagai design barang kemas mengikut trend sekarang. Oleh yang demikian, kedai emas mengenakan kos upah ke atas semua barangnya.Kos upah inilah yang dimanipulasikan oleh tuan punya kedai emas itu dan ia sedikit mahal. Kalau harga emas turun, mereka menaikkan kos upah, manakala kalau harga emas naik, diorang turunkan kos upah...katanya bagi discount. Kedai emas yang untung bukan pembeli.


Public Gold pula menjual jongkong emas/ dinar dengan tiada kos upah. Anda hanya bayar harga semasa emas yang anda beli dengan sedikit kos pengangkutan (mengikut produk). Public Gold lebih bertumpu kepada emas untuk tujuan pelaburan.Namun, Public Gold juga telah menjual barang kemas melalui Public Jewellery. Barang kemas public gold tiada kos upah. Tentunya ia lebih murah.


2. Public Gold ikut harga emas semasa dunia. Kedai emas ikut harga fgjam

Untuk pengetahuan anda, kedai emas menggunakan harga yang dikeluarkan oleh FGJAM (Faderation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia). Harganya lebih mahal dari harga emas Public Gold. Cuba anda lihat di bawah.





Oleh yang demikian, sebagai contoh pada hari ini harga 20g gold bar Bunga Raya (Poh Kong) berharga RM2,900.00. Manakala 20g gold bar Public Gold berharga RM2748.00 sahaja. Wah...Public Gold lagi murah.


3. Belian balik dari Kedai Emas Memang Merugikan Orang Ramai

Public Gold menawarkan belian balik kepada semua produknya sama ada gold bar, dinar dan jewellery. Public Gold tidak mengenakan sebarang potongan keatas produk emasnya yang calar dan terbuka plastiknya. Asalkan emas itu tulin, mengekalkan berat asalnya dan mempunyai sijil ketulinan dari Public Gold, anda boleh rujuk harga "We Buy" di website Public Gold.

Kedai emas biasanya mengenakan potongan antara 18% hingga 25% daripada nilai semasa emas anda tak kiralah gold bar ataupun barang kemas. Sekiranya gold bar ada calar, bengkok dan sebagainya, potongan yang lebih dikenakan. Memang mencekik kedai emas ini. Public Gold menjanjikan belian balik ke atas produknya bedasarkan harga beli balik semasa yang sangat kompetitif.

4. Public Gold adalah perniagaan jual beli emas 24-jam.

Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas dan dinar secara on-line 24 jam . Apa yang saya maksudkan adalah, anda boleh membeli emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Anda boleh "lock" harga dengan dealer Public Gold seperti saya pada bila masa yang anda fikir sesuai dengan merujuk kepada laman web www.publicgold.com.my atau www.publicdinar.com. Dealer Public Gold akan hantar pesanan anda pada bila bila masa yang anda free.

Ini berbeza dengan kedai emas yang buka hanya 8 - 10 jam sehari. Terpaksa bersusah payah memandu ke shopping complex dan sebagainya,..susah-susah cari parking,,..sedangkan cara yang paling mudah dan menguntungkan telah ditawarkan oleh Public Gold.


Itulah serba sedikit yang dapat saya ulas berkenaan perbezaan kedai emas dengan Public Gold. Sebenarnya memang banyak lagi perbezaan yang saya fikir lebih memihak kepada pembeli, bukannya penjual. Saya akan cuba dan terus menerangkan berkenaan Public Gold sebagai salah satu cabang pelaburan yang menguntungkan. Yang paling utama, pastikan sekiranya anda beli emas, sememangnya emas yang anda dapat, bukannya kertas atau janji-janji manis penganjur.

Sekian.


7 comments:

  1. bagus2....kongsi sebanyak mungkin

    ReplyDelete
  2. nice writing. keep up the good work

    ReplyDelete
  3. salam tuan tanah, saya rasa sedikit kelemahan PG ialah masalah ketulenan emas tersebut kerana agen PG tidak ada mesin dencimeter? saya sebagai pembeli (manusia biasa) ada sedikit keraguan. malah sesetengah agen akan mengesyorkan supaya menguji ketulenan di pajak gadai.apa pendapat tuan?

    ReplyDelete
  4. Salam En Hariss.

    Memang betul, kita sememangnya perlu ada elemen keraguan dalam diri. Kalau takde ragu2 pun susah. Bagi saya, saya hanya percaya kepada dencimeter yg ada kat ArRahnu (Pajak gadai Islam) Bank Rakyat dan Agrobank. Dencimeter yg sama juga ada di PG Sunway.
    Ada juga agen PG yg ada dencimeter (byk jenis dencimeter di pasaran)...tapi kalau betul2 nak dencimeter yg tepat, ianya perlulah dencimeter yg berkeupayaan tinggi(mahal), ada jadual Calibration yg perlu disahkan oleh pihak bertauliah. Bukan boleh main ukur dengan dencimeter sembarangan.
    Bagi saya dan kebanyakan agen PG percaya bahawa produk emas/dinar/jewellery PG adalah tulen. Setiap satu produk ada "Certificate of Authenticity" dari independent assayer (Assay Office Penang Sdn Bhd. Assayer ini tertakluk di bawah pengawasan dan peraturan yg ditetapkan oleh KPDNKK.
    Kalaulah emas PG ini bukan emas 999 atau 916 yg tulen seperti yang didakwa, kami agen-agen PG tak berani nak jual kepada org ramai. Nanti kami jugak yang susah. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  5. terima kasih info tuan tanah...amat berguna kepada saya. saya juga salah seorang pembeli emas PG, wujud keraguan tersebut setiap kali saya membeli. saya mencadangkan mungkin tuan2 agen yang besar boleh menyediakan dencimeter, so bolehlah pembeli kecil-kecilan seperti saya menguji emas tersebut di samping cert sedia ada.....hanya pendapat seposen daripada saya.

    p/s: saya amat berbangga (cemburu...he he) dengan tuan-tuan agen yg menceburi perniagaan ini.

    ReplyDelete
  6. saya adalah hero yang datang kemudian, dan sambil berkata: "best artikel abang azmi"

    ReplyDelete
  7. Info yang berguna & sila buat perbandingan pula dengan emas yang berada di pasaran Malaysia.

    ReplyDelete