Wednesday, March 9, 2011

Harga Jualan, Harga Belian dan Spread Emas Public Gold

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Pada kali ini ini saya akan huraikan serba ringkas tentang tajuk di atas. Bagi sesetengah orang yang dah otai dan expert dalam emas, tentunya tajuk ini sememangnya basic ataupun semudah A B C (layan jela). Namun, bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan emas, saya harap artikel ini boleh membantu.

Untuk itu, mari kita lihat jadual di bawah. Jadual ini adalah harga semasa bagi emas Public Gold (PG) [klik sini] . Untuk Public Dinar (PD) [klik sini] , dan Public Jewellery [klik ni]. Kebiasaanya, ia terletak di sebelah kanan front page. Untuk Public Silver (PS), harga semasa dapat di rujuk di website PG (bawah harga gold bar).










Harga emas PG sentiasa di kemaskini (update) setiap 20 minit. Namun begitu, ianya akan kekal dalam keadaan statik bermula awal pagi hari Sabtu (lepas suboh kot) hingga awal pagi hari Isnin setiap minggu. Pada ketika ini, harga tidak akan mengalami kenaikan dan penurunan disebabkan pasaran emas antarabangsa ditutup cuti hujung minggu.





Daripada gambar di atas, sebagai contoh anda boleh membeli emas PG 20gram pada harga RM3202 (tambah RM10 utk transportation cost). Bagi tujuan beli balik (buy back) anda akan dibayar sebanyak RM3017, dengan menjual semula emas itu sama ada kepada dealer PG seperti saya. Saya bagi cash dan anda bagi emas beserta dengan certificate.

Terdapat perbezaaan antara Harga Belian dan Harga Jualan. Perbezaan ini dinamakan "spread" yang biasanya diukur dalam bentuk peratusan (%). 

Bagaimana mengira spread?

(Harga Jualan - Harga Belian) / Harga Belian x 100% = Spread dalam %.

Contoh: Spread bagi emas PG 20g = (3202 -3010) / 3010 x 100% = 6%.

Apa perlu kita tahu tentang spread???

Spread yang kecil akan memaksimumkan keuntungan. Lebih kecil nilai spread, semakin cepat emas yang anda beli akan pulang modal dan seterusnya membuat keuntungan. Emas PG adalah antara produk emas pelaburan yang menjanjikan nilai spread yang kecil. Spread kecil, untung lebih cepat dengan berlakunya kenaikan harga emas.

Contoh:

Dalam masa enam bulan, katakan kenaikan harga emas adalah sebanyak 12%. Anda beli emas PG (spread 6%), dan dalam masa yang sama anda juga beli emas Produk X (spread 11%). Maka, pada bulan keenam:
Public Gold : 12% - 6% = 6% keuntungan
Produk X : 12% - 11% = 1% keuntungan.

Daripada contoh di atas, produk emas yang spreadnya kecil akan memberi keuntungan yang lebih cepat kepada pelabur. Kini, banyak produk emas pelaburan di pasaran. Pilihlah dengan sebaik-baiknya supaya matlamat anda melabur adalah untuk membuat keuntungan. 

Sekian sahaja untuk kali ini. Sekiranya berminat untuk tahu berkenaan emas PG, anda boleh hubungi saya di talian 016-2610981. Jadilah seorang pemain emas yang ada ilmu. Bukannya orang beli, kita pun ikut beli tanpa ada matlamat sebenar.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment