Monday, April 25, 2011

Sekarang Adalah Musim "Gold Fever"

Sejak kebelakangan ini, telah banyak artikel berkenaan pelaburan emas fizikal di dada-dada akhbar. Keadaan sebegini tidak dapat kita lihat sebelum ini. Ini menandakan kesedaran tentang kepentingan pelaburan emas fizikal telah mula bercambah di kalangan masyarakat Malaysia.




Artikel Penuh Boleh Di Baca Di SINI

Ketika mula-mula menceburkan diri dalam perniagaan emas Public Gold sejak hampir setahun yang lepas, saya menjangkakan keadaan ini akan berlaku kira-kira dua atau tiga tahun akan datang. Tetapi itu tidak betul. Demam  emas ini (Gold Fever) berlaku lebih awal. 

Kenaikan harga emas yang meyakinkan kebelakangan ini telah menarik minat orang awam untuk melabur dalam emas fizikal. Kenaikan harga emas dunia kini adalah disebabkan oleh ketegangan yang berlaku di Asia Barat, Afrika Utara dan zon Eropah serta kebimbangan terhadap hutang AS yang tinggi. Keadaan ini yang mendorong kenaikan harga emas dijangka akan terus berlaku dan ini sudah tentu menarik minat pelabur/penyimpan emas fizikal yang baru. 

Public Gold telah menyediakan peluang untuk anda membeli dan menjual emas fizikal. Kenapa masih menyimpan duit yang berkepok-kepok dalam bank sedangkan wang kertas ini telah terbukti secara berterusan mengalami susut nilai. Sebaliknya, dengan menukar wang kertas anda kepada emas fizikal, nilai emas itu akan naik dan seterusnya memberi keuntungan sekiranya dijual balik. 

Sekian. 

Thursday, April 21, 2011

Emas Merupakan Pelaburan Yang Selamat


Harga emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai Dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah yang menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai yang paling selamat itu. - Berita Harian, 21 April 2011.
Daripada artikel diatas, telah diketahui umum bahawa emas fizikal adalah satu bentuk pelaburan yang paling selamat dan menguntungkan. Harga pasaran emas dunia sentiasa dalam trend menaik dalam jangkamasa panjang, walaupun ada beberapa ketika harga logam kuning ini didapati menurun yang lebih dikenali sebagai correction.

Kenaikan harga emas ini sudah tentu menggembirakan peminat emas yang telah menjadikan emas sebagai salah satu bentuk pelaburan dan aset yang berguna untuk masa hadapan. Disebabkan emas itu mudah untuk ditukarkan kepada duit kertas dan emas ini boleh dipajak di arrahnu, penyimpan emas tidak perlu risau sekiranya memerlukan wang dan modal perniagaan kerana emas yang disimpan tadi akan naik harganya dan boleh dijual semula ataupun dipajak untuk mendapatkan wang kertas.

Bagi yang belum memulakan menyimpan emas, masanya belum terlambat. Sekiranya ada dapat durian runtuh, dapat bonus, ataupun melalui gaji bulanan sahaja anda sudah dapat membeli emas. Yang paling penting adalah langkah  pertama kerana langkah pertama ini akan menentukan masa hadapan anda.



Ada juga yang masih berkira-kira atau menangguh hajat untuk membeli emas. Kononnya nak tunggu harga emas turun baru nak mula membeli. Bagi saya, dalam menyimpan emas, kita perlu cepat atau dengan kata lain "beli dulu kemudian tunggu" harga akan naik. Selagi anda menunggu dan menunggu, harga emas semakin hari semakin menaik. Sementara harga emas masih murah pada masa sekarang, mulakanlah menukar wang kertas dan simpanan anda di bank kepada simpanan dalam bentuk emas fizikal.

Sekian, jumpa lagi.

Nota:
1 auns = ? gram