Tuesday, January 4, 2011

2011 - Tahun Emas

Salam.

Belum terlambat bagi saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua penggemar emas. Di awal tahun ini saya sedikit sibuk dengan urusan peribadi, selain dari menghantar emas yang telah di janjikan kepada pembeli. Alhamdulillah, perniagaan emas saya semakin maju.



Sebagai penyimpan dan peniaga emas, anda sudah tentu ingin tahu berapa peratus kenaikan harga emas pada tahun lepas (2010). Lihat graf cantik dibawah:

KENAIKAN HARGA EMAS TAHUN 2010 = 25.3%
Pada awal tahun ini juga, para pelabur ASB mendapat pulangan hasil pelaburan mereka. Sila lihat gambar (tiap-tiap tahun lebih kurang sama) di bawah:

DIVIDEN DAN BONUS ASB BAGI THN 2010 = 8.75%

Jika dibandingkan, pulangan dari pelaburan emas fizikal dan pelaburan dalam ASB sudah tentu memihak kepada pelaburan emas. Walau bagaimanapun, pilihan ada di tangan para pelabur. Pilihlah pelaburan yang lebih menguntungkan. Ambil kesempatan dikala harga emas masih mampu anda miliki. 

Pada tahun 2011 ini, dijangkakan lagi banyak syarikat dan jenama emas pelaburan di pasaran. Oleh yang demikian, pelabur harus bijak untuk memilih emas dari syarikat mana untuk anda beli. Pastikan ianya adalah pelaburan "beli emas dapat emas" dan bukannya skim ataupun seumpamanya. 

Public Gold telah bertapak dalam pengeluaran emas utk tujuan invesment. Anda boleh beli emas Public Gold dengan saya. COD bagi area KL dan Selangor.

Sekian, dan selamat membeli emas.